Selamat Datang #TopupWhreload.merupakan bahagian kredit sehingga sistem elektronik yang membolehkan pengguna untuk memegang kad tambah nilai yang berbeza di bawah satu sistem yang mudah , di bawah satu akaun kredit.

PERHATIAN: TUAN/PUAN PIHAK SERVER WHRELOAD STATUS OKEY.SEKALIAN TERIMA KASIH.

PERHATIAN: KEPADA SEMUA DEALER TOPUPWHRELOAD. DIMINTA INSTALL NEW VERSION SRS MOBILE. SILA UNISTALL APP SRS MOBILE DAHULU SEBELUM INSTALL SRS MOBILE YANG TERKINI...

Tips Untuk Berbisnes Topup


1. Untuk mengelakkan masalah kekurangan modal ketika membuat transaksi jualan topup anda dinasihatkan untuk membuat tambahan modal seawal yang mungkin.

2. Sekiranya anda mempunyai masalah tambah modal, produk, topup tidak masuk, dengan segera anda boleh sms sahaja atau terus call ke nombor careline 018-3693413. Jangan risau kerana syarikat mempunyai operator yang mesra pelanggan. Anda pasti akan dilayan.

3. Kepada mereka yang menjual topup kepada keluarga sendiri, saudara atau teman-teman rapat anda dinasihatkan untuk mendapatkan bayaran topup dahulu sebelum memberikan topup kepada mereka. Tetapi ini terpulanglah pada budi bicara anda sendiri sekiranya anda yakin mereka akan membayar anda kemudian jadi bolehlah masukkan nama mereka ke dalam buku 555 (buku hutang). Ini bagi mengelakkan anda mengalami kerugian dan kekurangan modal pusingan kelak.

4. Anda dinasihatkan membuat sendiri buku akaun untuk jualan topup yang telah dilakukan sebagai rekod supaya anda tahu perjalanan bisnes topup anda. Contoh maklumat dalam buku akaun yang anda boleh simpan : No. Telefon, Produk, Masa, Pembayaran, Tindakan/Catatan.

5. Kalau yang ada kedai untuk membuat jualan topup mungkin dapat maintain keuntungan dan jualan . Tips seterusnya ini ditujukan khas kepada mereka yang tidak mempunyai kedai atau lot untuk menjual topup terutamanya kawan-kawan atau orang-orang kampung untuk mendapat keuntungan lebih sikit, sekiranya tempat anda memang terpencil dan kalau nak pergi beli reload pun jauh sangat apakata anda cas lebih sikit kepada orang yang ingin membeli dari anda. Cas la lebih 20 sen ke, 50 sen ke. Jangan cas dengan harga yang melebih-lebih pula nanti orang pun takut nak beli dari anda.

6. Untuk penjimatan penghantaran 1 sen/sms ke no Server sila aktifkan Activ10 untuk Maxis Hotlink, Friends & Family untuk DiGi, 8pax atau Teman 20 untuk Celcom.

Cara-cara pengaktifan:
Maxis Hotlink (Activ10):
Melalui Easy Menu - *100#
1. Dail *100# dan tekan butang Call/Send
2. Pilih Activ10
3. Set nombor Activ10 (017-3589059 no. server Maxis)
Melalui Website
• Aktifkan melalui akaun My Hotlink www.hotlink.com.my

Digi (Friends & Family)
Melaui Easy Menu - *128#
1. Dail *128# dan tekan butang Call/Send
2. Pilih Friends & Family
3. Set nombor Friends & Family (010-2041585 no. server DiGi)

Melalui Website
• Aktifkan melalui akaun DiGi OCS www.digi.com.my

Celcom (8Pax & Teman20):
8pax
Taip mesej : 15Pax ON hantar ke 28882
Taip mesej : 15Pax ADD 0132499687 (no. sever Celcom) hantar ke 28882
Teman20
Taip mesej : Teman ON hantar ke 2882
Taip mesej : Teman ADD 0132499687 (no. server Celcom) hantar ke 28882


7. Jangan sesekali topup ke nombor-nombor telefon yang anda tidak dikenali untuk mengelakkan anda ditipu. Kes seperti ini banyak berlaku kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan bisnes topup. Mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk memujuk anda dan cuba menyakinkan anda yang mereka berminat menjadi agen, ingin membeli topup kononnya dah bankin duit padahal tidak ada, ada yang mengatakan mereka ni kawan anda, saudara dan pelbagai lagi teknik yang licik. Ingat jangan sesekali termakan pujuk rayu dari mereka.

Antara nombor-nombor scam/penipu:

014 – 842 1005 << Klik untuk baca aduan dari orang ramai.
011 —403 18379
019 – 904 4422
013 – 642 0956
019 – 900 4527
014 – 842 1005
014 – 542 2988
019 – 416 9370
017 – 929 2038
019 – 379 4295
013 – 962 8755
014 – 522 2321
019 – 962 4611

Pesanan dari saya, berhati-hati bila berurusan dengan orang yang tidak dikenali. Cek transaksi pembayaran dalam bank, selagi tiada bayaran dilakukan jangan layan karenah orang tersebut.

*Tips diatas merupakan pandangan dan antara pengalaman dari Admin sendiri dan anda boleh gunakan ia sebagai rujukan. Semoga anda berjaya dalam bisnes topup.